BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Friday 26 April 2013

Hidup Tak Seindah Yang DiJangka

AKU HANYA GADIS BIASA

Aku Hanya Gadis Biasa
aku hanya gadis biasa , tiada pangkat tiada harta .
aku hanya gadis biasa yg belajar hanya di Politeknik
bukan di UITM , UKM atau sebagai nya seperti mana yg kau idamkan
aku hanya gadis biasa , hanya bekerja di kilang untuk mencari rezeki ,
bukan gadis mewah yg berpangkat seperti yg kau impikan .
aku hanya gadis biasa yg hanya mampu masak masakan kampung ,
bukan gadis yg mahir dalam masakkan western seperti yg kau mahukan , tapi INSYAALLAH 
kau takkan berasa lapar ketika  menikmati hidangan ku disaat aku menjadi milikmu kelak .
aku hanya gadis biasa , gadis yg selalu berkasar dan selalu menyakitimu .
aku bukan gadis manja yg  pandai membelaimu setiap masa 
aku hanya gadis biasa yg tidak pandai bermain dgn kata-2 , 
apatah lagi untuk memberi kata-2 romantik kepada mu setiap waktu
aku hanya gadis biasa yg kuat emo , baran  dan cemburu ,
bukan gadis yg mampu tersenyum saat kau melayani gadis-2 lain .
aku hanya gadis biasa yg kadang kala lalai dgn perintah ALLAH ,
bukan gadis yg selalu mentaati perintah dan suruhanNYA seperti yg KELUARGA kau cari .
sesungguhnya banyak kekurangan yg aku miliki , semua kekurangan tersebut bukan aku yg pinta ,
tapi semua itu adalah tanda kasih sayang ALLAH PENCIPTAKU , kepadaku .
aku tak berhak untuk merungut walaupun sedikit , kerana ini semua adalah anugerah yg terindah
 . sekiranya benar kau menyayangi dan mencintaiku , kenalilah diriku sedalam yg mampu
agar kau tidak merungut walau sedikit pun dgn kekurangan ku dikemudian hari apabila kita telah bersama membina mahligai nanti . insyaALLAH , seandainya telah dituliskan jodoh itu milik kita ,
aku akan pastikan bahwa mahligai yg kita bina , mahligai yg menuju kejalan ALLAH S.W.T .
semoga kebahagiaan itu milik kita berdua .
ya , AKU HANYA GADIS BIASA ! :)

Tentang Awak ♥ PERMINTAANKU ♥ DEAR FUTURE HUSBAND ♥ ♥ ♥ ♥

♥ PERMINTAANKU ♥

DEAR FUTURE HUSBAND

♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...


♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia dalam bahtera perkahwinan .... ♥ ♥ ♥

Friday 17 August 2012

happy anniversary :)

selamat subuh semua , hari nie 17/08/2012.
 huhuhu ambil kesempatan update belog kesayangan lagi .

HAPPY ANNIVERSARY EN MUHHAMAD EQWAN !! yeahhhhhh

* tarik nafas dalam2 sambil tersenyum lebar ...

awak , indah saya takkan ada makna tanpa awak .
awak kawan baik saya ,
teman ketawa saya ,
teman menangis saya ,
teman bergaduh saya ,

awak adalah bahagian saya yang tidak pernah saya tahu ada .

* sambil lap airmata dan tersenyum lagi ...

semoga kekal kita bersama .
bertengkar bersama ,
bergurau bersama ,

*senyum lagi ..

terima kasih kerana selalu teguh untuk saya yg terlalu rapuh .

awak adalah teman yg paling sempurna .
jangan berhenti buat saya ketawa ,
jangan berhenti berpegangan berdua ,
jangan berhenti membebel bersama ,

dan yg paling penting ....

JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK MENCINTAI SAYA ..


terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan saya yg tidak sempurna . terima kasih kerana masih berdiri teguh disisi saat kesusahan datang melanda , terima kasih kerana tidak henti bersabar dengan sikap dan kekurangan saya , terima kasih kerana selalu lap airmata saya saat kesedihan datang menyelubungi . terima kasih kerana sanggup bersusah payah untuk saya , terima kasih juga sebab sanggup berhabis duit untuk perbelanjaan ketika bersama saya . terima kasih untuk semua yg awak pernah bagi . yaaa , sangatsangat berterima kasih . sangatttt !!

saya bukan student sastera yang pandai berkata2 untuk awak insan tersayang , saya hanya seorang student awam yg hanya tahu berkira2 tambah tolak bahagi dan darad disetiap hujung bulan untuk mnghabiskan gaji awak , order itu ini dan sebagainya  . yaaa , itu saya ! hahaha ..  hanya coretan di belog kesayangan sahaja yg mampu saya coretkan untuk awak di anniversary kita . bukan hadiah yg mahal atau yg berjenama yg saya harapkan . cukup skadar kasih sayang , rindu dan cinta awak ikhlas untuk saya sorang .  happy anniversary sayang .. semoga awak sentiasa tersenyum untuk coretan istimewa ini ..

* salam penuh rindu ,
  NUR FARAHIM AZAMI .. lot of love :)

* berdebar menanti ANNIVERSARY bulan depan ! wink wink wink :